6 Oct 2011

Petikan-petikan motivasi untuk pelajar.

1) Kesakitan adalah sementara. Berhenti kekal selamanya.


2) Kejayaan tidak pernah muktamad dan kegagalan tidak pernah fatal. Ia keberanian yang dikira.


3) Objektif adalah impian dengan tarikh akhir.


4) Sasarkan yang tertinggi.


5) Menguasai orang lain ialah kekuatan. Menguasai diri sendiri ialah kuasa sebenar.


6) Apabila ciri-ciri seseorang tidak jelas kepadamu, lihat pada kawan-kawannya.


7) Sabar itu sebahagian daripada seni penyayang perlahan-lahan.


8) Simpan rasa takut anda kepada diri sendiri, tetapi berkongsi inspirasi anda dengan orang lain.

Cemerlang dalam pelajaran.

Di awal tahun

1.Jangan segan silu untuk study awal. Sebilangan besar pelajar yang saya perhatikan di sekolah-sekolah, sangat suka untuk mengamalkan study last minute. Ini bukanlah dari sikap mereka yang cemerlang dalam pelajaran. Mungkin kita akan terpengaruh dengan segelintir rakan kita study lewat, namun score dalam matapelajaran. Anda mesti ingat, semua orang berbeza-beza kemampuan. Yang terbaik adalah menganggap kita berkemampuan rendah supaya kita tidak kelam-kabut menjelang peperiksaan.

Mungkin kita juga akan terpengaruh dengan sindiran-sindiran rakan kita yang berkata: “Wah, semangatnye orang tu”, “ Rileksla, exam lama lagi”, ataupun “ Nak tunjuk rajinlah tu”. Apa yang kita perlu buat adalah pekakkan telinga dan terus lakukan tugas anda, kerana memang menjadi lumrah, perkara yang baik sering didengki oleh orang lain

2.Buat nota. Ini adalah khusus untuk subjek yang bersifat penuh dengan fakta seperti Sejarah. Fenomena yang berlaku ketika exam adalah, pelajar sering membuang masa dengan membaca buku teks semula dari A-Z, dan mengambil masa dalam 2-3 minit untuk membaca 1 mukasurat.

Walhal, jika anda mengeluarkan isi-isinya dalam bentuk nota, anda dapat ketahui isi kandungan 1 mukasurat penuh hanya dalam masa 2-3 saat sahaja!

Dari segi psikology pula, bila pelajar terlihat senarai buku teks yang belum dibaca bertimbun-timbun, pastilah semangat akan luntur. Situasi berbeza jika anda mempunyai nota ringkas, yang hanya 3-4 helai merangkumi 1 buku, pastilah anda akan merasa kemenangan itu tidak jauh.

3.Ini mungkin tips yang terpenting dalam tulisan kali ini, dan saya rasa tips yang pakar-pakar motivasi melabelnya sebagai ‘Tips Induk’. Kerana tanpanya, semua tips lain adalah sia-sia, iaitu member tumpuan 200% ketika proses P&P.

Guru-guru kita adalah guru yang berpengalaman. Mereka mahir benar dengan selok-belok soalan dan fakta-fakta terpenting, yang saban tahun keluar dalam peperiksaan. Oleh itu, ketika mereka mengajar, banyak mutiara-mutiara yang akan keluar samada kita sedar ataupun tidak. Perkara ini anda tidak akan mengetahuinya jika anda tertidur dalam kelas, dan meminta rakan anda mengajar subjek tersebut di malam hari. Kerana rakan anda hanya akan menceritakan 60% sahaja dari isi-isi syarahan guru anda.

Oleh itu, anda mesti lakukan apa sahaja untuk kekal fokus di dalam kelas. Samada duduk di barisan hadapan sekali, ataupun membawa botol minuman, mengumam gula-gula dan sebagainya. Sila gunakan kreativiti anda dalam hal ini, kerana hanya anda yang mengenal diri anda.